Grafik dalam multimedia merupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Selain itu juga, grafik dapat membantu mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik. Manakala penggunaan grafik dalam internet mampu menarik perhatian pengguna.
Bitmap Vs Vektor Grafik digital terdiri daripada dua kumpulan yang utama iaitu berjenis bitmap dan verktor. Bit dan map merupakan imej yang terdiri daripada susunan titik titik yang dikenali sebagai piksel. Manakala vektor pula merupakan imej yang seolah-olah dilukiskan dan ia berorientasikan objek.
Bitmap
Bitmap juga dikenali sebagai raster dan susun dalam bentuk titik-titik yang dikenali sebagai piksel atau bit. Ianya disusun dalam bentuk lajur dan baris dalam bentuk grid.
Kelebihan imej bitmap adalah ianya sesuai digunakan dalam persembahan yang memerlukan paparan imej yang jelas yang menyerupai imej sebenar. Imej bitmap mudah diubahsuai kerana kerana setiap bit-bit menyimpan maklumat yang berasingan. Makala kelemahan bitmap adalah jika imej bitmap diperbesarkan atau dikecilkan akan menyebabkan piksel akan berubah imej kellihatan kurang menarik dan kabur serta bergerigi.
Vektor
Imej vektor terhasil daripada arahan matenatik bagi membentuk perhubungan antara titik-titik yang akan membentuk struktir bagi imej yang dipaparkan. Imej vektor juga diwakili dalam bentuk geometri atau arahan matematik yang dibina daripada garis lurus , lengkungan dan sebagainya,
Kelebihan imej vektor ia disimpan dalam set arahan komputer yang memerlukan saiz storan yang kecil. Ruang ingatan komputer yang digunakan juga kecil ini membolehkan imej jenis vektor dipaparkan pada skrin dalam kadar masa yang lebih pantas berbanding imej bitmap. Selain itu ia juga mudah dimanupulasi (dibesarkan atau dikecilkan) tanpa menjatuhkan kualiti imej. Manakala kelemahan imej vektor ia bukanlah imej sebenar dan kurang realistik serta sukar untuk dihasilkan.
Kualiti Grafik Digital
Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti grafik adalah :-
1. Resolusi dalam imej grafik merujuk kepada jumlah keseluruhan piksel atau kepadatan yang digunakan di dalam imej. Kepadatan imej diukur dalan skala dot setiap inci atau dot per inch (dpi). Semakin tinggi atau banyak nilai dot semakin berkualiti imej tersebut.
2. Kedalam Warna ditentukan oleh jumlah ingatan berkaitan dengan warna yang disimpan bagi setiap piksel imej atau berapa banyak warna terdapat dalam sesuatu imej. Kedalaman warna ditentukan oleh dua kuasa bit yang ada pada imej tersebut. Ini bermaksud imej bitmap mempunyai 4 bit bersamaan :
Selain itu juga faktor skrin monitor turut mempengaruhi kualiti paparan imej. Imej yang disimpan dalam kedalaman warna yang tinggi memerlukan ruang storan yang tinggi. ini menyebabkan saiz fail akan menjadi besar.
Teks merupakan elemen penting dalam aplikasi multimedia. Ia melibatkan konsep tipografi iaitu suatu ilmu dalam memilih dan menyusun font pada ruang-ruang yang tersedia untuk mencipta kesan tertentu. Memilih font yang sepadan dengan paparan grafik penting bagi menguatkan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu kefahaman asas tentang font dan reka letak font dapat membantu kita menyediakan media pembelajaran yang berkesan.
Kategori-kategori font Terdapat 3 kategori yang utama iaitu serif, san serif dan dekoratif
Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara seperti font Times New Roman dan New Century.
Perkataan sans bermakna 'tanpa' dalam bahasa Perancis. Oleh itu font yang berjenis sans tidak mempunyai garisan atau lengkungan seperti Arial.
Dekoratif pula merujuk kepada font yang mempunyai elemen-elemen seni seperti bentuk bunga-bunga atau unsur-unsur sastera lama atau yang font yang bersambungan.
Dalam menentukan saiz atau ukuran teks adalah satu subjektif kerana saiz font mempunyai saiz yang berbeza walaupun saiz ukuran yang sama. Shuman J.E(1998) mencadangan saiz font untuk pembangunan perisian multimedia adalah seperti berikut:-
Tajuk utama : 14 - 48 point Tajuk kecil : separuh dari saiz tajuk Isi kandungan : 10 - 12 point
Panduan penggunaa teks dalam aplikasi multimedia. 1. Pastikan teks dapat dibaca. 2. Pemilihan warna teks yang sesuai. 3. Pemiliha stail teks (bold,italic,underline) yang sesuai. 4. Gunakan teks ringkas tetapi padat.
Untuk menghasilkan sesuatu rekabentuk grafik yang menarik tidak semestinya seseorang itu terdiri dari seorang pelukis yang mahir. Seseorang boleh menghasilkan rekabentuk berpandukan kepada beberapa prinsip-prinsip grafik. Dalam menghasilkan bahan media pendidikan kita memerlukan grafik. Kenapa grafik?...grafik terdiri daripada angka, imej, gambar rajah, carta dan sebagainya. Penggunaan grafik menggunakan kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang betul dapat menghasilkan bahan yang bermutu. Prinsip grafik yang berkaitan berkaitan dengan kaedah dan cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip grafik tidak harus dilihat sebagai peraturan yang rigid namun pengetahuan tentang prinsip grafik dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Dalam pencarian menggunakan internet dan pembacaan melalui buku prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur grafik iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu. Terdapat 7 prinsip rekaan iaitu :
• Keseimbangan • Keharmonian • Kesatuan • Komposisi • Penegasan • Kontra • Pergerakan Dalam aktiviti kelas kami telah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut tajuk masing-masing. Kumpulan kami mendapat tajuk berkaitan dengan Kesatuan (Uniti).Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
Elemen-elemen yang digunakan dalam setiap reka bentuk visual haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Jika mesej yang hendak ditunjukkan
Satu tajuk lagi untuk perbincangan saya telah memilih tajuk berkaitan dengan Penegasan (Emphasis). Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai Center of Interest, Focal Point dan Eye Catcher. Dalam proses penghasilan rekabentuk grafik, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan. Dalam seseuatu rekaan grafik objek atau item utama mestilah ditampilkan dengan jelas agar dapat difahami maksudnya oleh audien. Item utama ini mestilah menonjol serta menguasai item-item lain untuk menyokongnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai penguasaan dalam sesuatu rekaan. Antaranya ialah:- 1. Menggunakan peraturan 1/3 (Rule of Third) 2. Warna dan bentuk membentuk kontras 3. Saiz yang lebih besar 4. Menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama 5. Menggunakan garisan yang menunjukkan ke arah item utama 6. Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar