Pada minggu ini kelas diadakan sesi pembentangan oleh setiap kumpulan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh Pm.Dr. Jamal iaitu Educational Multimedia : Glimpse into the Future.
Kumpulan 1 yang diwakili oleh SYUHAILEN BINTI SAADON,JAFFRI BIN SALIMIN dan AZIZAH BINTI YUSOF telah memlih tajuk berkaitan dengan sosial network iaitu Frog VLE. Setelah selesai pembentangan PM. Dr. Jamal mengulas sedikit berkaitan topik yang dibentangkan oleh kumpulan 1 kerana terdapat perbezaan antara sosial media dengan Frog VLE.
Media sosial adalah sebuah media online, di mana penggunanya boleh dengan mudah menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi komen, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membina di atas asas ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran user-generated content".
Manakala kumpulan 2 yang diri daripada Nur sakinah Binti Mohd Isa dan Noorazura Bt Ab Wahab memilih tajuk Sosial Media juga.

Alwee Bin Shamrin dan Ahmad Fakharudin Bin Mat Zin merupakan Kumpulan 3 telah memilih tajuk Immersive Multimedia. Sejarah Immersive Multimedia bermula dengan konsep Virtual Reality. Pada akhir 1960an, dunia digital buatan “hampir kepada yang sebenar”, pengalaman melalui Multimedia Interaktif. Ini dikenali sebagai Virtual Reality. Virtual Reality, hari ini adalah komputer yang mencipta persekitaran yang pengguna boleh mengalami melalui pancaindera penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ia adalah gabungan elemen-elemen multimedia dan interaktiviti di Virtual reality.
Kumpulan kami iaitu kumpulan 4 yang dianggotai oleh Azizul Aqmar Bin Mohd Razali dan Wan Mohd Hazani Bin Wan Ibrahim membentangkan tajuk berkaitan Argumented Reality (AR).Secara singkat Augmented Reality dapat didefinisikan sebagai penggabungan elemen-elemen digital dengan dunia sebenar sebuah sinergi yang menarik.Teknologi Augmented Reality telah diterapkan dalam berbagai bidang kehidupan seperti bidang kesehatan, industri, militer, navigasi, dan juga hiburan.
Kelas diteruskan lagi dengan sesi kuliah oleh PM. Dr. Jamal berkaitan tajuk Multimedia Development Team dan Multimedia Development Process. Dalam bab ini kami didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah reka bentuk multimedia kemahiran yang diperlukan berkaitan dengan grafik, video dan animasi. Proses yang terlibat melibatkan Instructional Model iaitu ADDIE Model.

MODEL ADDIE
Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.
Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.
Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.
Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A (Analysis) - Analisis
D (Design) - Rekabentuk
D (Development) - Pembangunan
I (Implementation) - Pelaksanaan
E (Evaluation) - Penilaian
Fasa Analisis (Analysis)
Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya:
i. analisis terhadap pengguna,
ii. analisis terhadap persekitaraan pembelajaran,
iii. kenalpasti matlamat pengajaran.
Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :
a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?
c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?
d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?
e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?
Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.
Fasa Rekabentuk (Design)
Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:
i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
ii. Pembinaan item-item untuk ujian.
iii. Pemilihan strategi pengajaran.
Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.
Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.
Fasa Pembangunan (Development)
Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.
Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
Fasa Perlaksanaan (Implementation)
Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.
Fasa Penilaian (Evaluation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.