Pengenalan
Dewasa ini pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mendapat permintaan yang tinggi dikalangan warga pendidikan dan pihak kerajaan. Ini kerana pembinaan perisian pendidikan dapat menjamin pembelajaran yang berkesan kepada pelajar malah dinegara-negara maju telah lama dilaksanakan.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa reka bentuk perisian diberikan penekanan yang penting pada masa kini. Ini kerana reka bentuk perisian dikatakan lebih penting daripada aspek pembangunan perisian kerana idea asal dan kajian terhadap citarasa pengguna akan dikenalpasti dalam peringkat reka bentuk dan bukannya pada peringkat pembinaan perisian. Pembina perisian hanya dikehendaki untuk mereka mengikut reka bentuk yang telal dicadangkan oleh pereka perisian sahaja. Sudah tentu tidak wujud lagi situasi di mana seseorang yang ingin membangunkan perisian pendidikan perlu kemahiran teknikal membangunkan perisian sahaja. Malah perlu juga menguasai bidang reka bentuk pengajaran dan perisian dengan sebaik mungkin untuk menjamin proses pembelajaran yang lancar dengan menggunakan bantuan teknologi komputer.
Memandangkan beberapa kajian telah menunjukkan dalam reka bentuk pengajaran dan perisian semakin nyata kepentinganya serta pereka bentuk perisian mengikut pelbagai teori, model dan panduan reka bentuk maka terhasilah perisian yang serasi dengan cara manusia belajar, bekerja, bersosial dan berfikir. Oleh yang demikian adalah wajar memastikan reka bentuk perisian dan pengajaran perlu difahami dengan jelas. Ini untuk memastikan setiap teknik dan isu yang terlibat perlu diketahui, difahami dan seterusnya dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan oleh semua pihak.
Dengan lafaz yang mulia untuk sama-sama memahami serta menguasai konsep-konsep asas reka bentuk perisian dan pengajaran saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian gunakan kesempatan yang ada untuk mendalami subjek Teknologi dan Reka Bentuk Media yang diajar oleh PM Dr. Jamalludin bin Harun dan Dr. Mohd Shafie bin Rosli. Wallahu a'lam...