Untuk menghasilkan sesuatu rekabentuk grafik yang menarik tidak semestinya seseorang itu terdiri dari seorang pelukis yang mahir. Seseorang boleh menghasilkan rekabentuk berpandukan kepada beberapa prinsip-prinsip grafik. Dalam menghasilkan bahan media pendidikan kita memerlukan grafik. Kenapa grafik?...grafik terdiri daripada angka, imej, gambar rajah, carta dan sebagainya. Penggunaan grafik menggunakan kaedah-kaedah dan prinsip grafik yang betul dapat menghasilkan bahan yang bermutu. Prinsip grafik yang berkaitan berkaitan dengan kaedah dan cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip grafik tidak harus dilihat sebagai peraturan yang rigid namun pengetahuan tentang prinsip grafik dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.
Dalam pencarian menggunakan internet dan pembacaan melalui buku prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur grafik iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu. Terdapat 7 prinsip rekaan iaitu :
• Keseimbangan
• Keharmonian
• Kesatuan
• Komposisi
• Penegasan
• Kontra
• Pergerakan
Dalam aktiviti kelas kami telah dibahagi kepada 3 kumpulan mengikut tajuk masing-masing. Kumpulan kami mendapat tajuk berkaitan dengan Kesatuan (Uniti).Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.
Elemen-elemen yang digunakan dalam setiap reka bentuk visual haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Jika mesej yang hendak ditunjukkan
Satu tajuk lagi untuk perbincangan saya telah memilih tajuk berkaitan dengan Penegasan (Emphasis). Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai Center of Interest, Focal Point dan Eye Catcher. Dalam proses penghasilan rekabentuk grafik, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan. Dalam seseuatu rekaan grafik objek atau item utama mestilah ditampilkan dengan jelas agar dapat difahami maksudnya oleh audien. Item utama ini mestilah menonjol serta menguasai item-item lain untuk menyokongnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai penguasaan dalam sesuatu rekaan. Antaranya ialah:-
1. Menggunakan peraturan 1/3 (Rule of Third)
2. Warna dan bentuk membentuk kontras
3. Saiz yang lebih besar
4. Menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item utama
5. Menggunakan garisan yang menunjukkan ke arah item utama
6. Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar